Thursday, August 20, 2015

DIANTARA AMALAN-AMALAN PADA MALAM JUMAAT DAN HARI JUMAAT.



Alhamdulillah kerana Allah SWT masih memanjangkan usia kita supaya kita dapat mengejar redha-Nya. Marilah kita perbanyakkan amalan dan ibadat kepada-Nya terutama pada malam Jumaat dan hari Jumaat. Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan yang baik hamba-Nya yang soleh. 

Rasulullah bersabda bermaksud: 

“Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”

Amalan-amalan pada malam dan hari Jumaat

1. Solat Subuh berjemaah

Dari Abu Ubaidah al-Jarrah r.a katanya: 

“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Tidak ada daripada mana-mana sembahyang yang paling afdhal daripada sembahyang Suboh pada hari Jumaat secara berjemaah dan saya berpendapat bahawa tidak ada sesiapa yang menghadirinya di antara kamu melainkan dia memperoleh keampunan” (At-thabarani)

Pahala sembahyang Subuh berjemaah adalah yang paling besar diantara sembahyang berjemaah yang lain.

2. Membaca surah Al-Kahfi pada siangnya

Dari Ibnu Umar r.a katanya: 

“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah hingga ke langit tinggi meneranginya pada hari kiamat dan dia akan diberi keampunan (terhadap dosanya) di antara dua Jumaat”

3. Membaca surah Al-Kahfi pada malamnya

Dari Abu Said Al-Khudri katanya: (bermaksud) 

“sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dia akan mendapat cahayanya di antara tempatnya dengan Kaabah”

DOWNLOAD MP3 SURAH AL-KHAFI - KLIK

4. Memperbanyakkan sedeqah

Ibnu Abu Syaibah didalam kitab Al-Mushannaf telah mentakhrijkan daripada Ka,ab r.a, katanya: (bermaksud) 

“Bersedeqah pada hari Jumaat digandakan ganjarannya”

5. Membaca surah Ad-Dukhaan

Dari Abu Hurairah r.a, katanya, 

“Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya) “sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-dukhaan’ pada malam Jumaat, dia akan diberi keampunan” (Tarmizi).

Abu Umamah r.a, katanya “Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) 

“Sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-Dukhaan pada malam Jumaat atau hari Jumaat, Allah membina sebuah rumah baginya di syurga” (At-Thabarani)

6. Membaca surah Yasiin pada malam Jumaat

Abu Hurairah r.a, katanya: 

Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat ‘Haa Miim Addukhaan’ dan ‘yasiin’ jadilah dia pada pagi harinya dalam keadaan diampuni” (Al-Baihaqi)

DOWNLOAD MP3 SURAH YASIIN - KLIK

7. Zikir memohon ampun sebelum suboh hari Jumaat

Dari Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) 

“Sesiapa yang membaca sebelum suboh hari jumaat sebanyak tiga kali ‘Astaghfirullah…….…wa atu-bu-ilaih’ dosanya diampun walaupun lebih banyak daripada buih di lautan” (At-Tabarani)

8. Memperbanyakkan selawat

Abu Umamah r.a katanya: 

“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Perbanyak oleh kamu selawat ke atasku pada setiap Jumaat kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan ke atasku setiap Jumaat, maka sesiapa yang paling banyak berselawat ke atasku adalah tempatnya paling dekat denganku” (Al-Baihaqi)

Kelebihan selawat - Klik Link

Wasallam.


Credit:Sumber

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : DIANTARA AMALAN-AMALAN PADA MALAM JUMAAT DAN HARI JUMAAT.

  • Kisah Misteri - RASAI KEHADIRAN MAKHLUK HALUS Dunia Seram - Berikut adalah enam (6) tanda tanda kehadiran makhluk halus. Makhluk halus ialah sejenis makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar oleh seban ...
  • 18 Cara untuk Melihat Makhluk HalusCara 1 :Ambil sekepal terasi asli (gak pake formalin) terus bakar terasi tersebut di tempat yang biasanya dibilang angker. Kalo ditempat tersebut bener2 ada penungguny ...
  • 7 Keistimewaan Bulan Sya'ban Setelah Bualan Rajab, akan datang bulan Sya'ban. Bulan Sya'ban juga termasuk salah satu bulan yang diagungkan dalam Islam. Pada malam Nisfu Sya'ban, Allah SWT turun ke ...
  • Ayat-Ayat Ruqyah, Pelindung dan Pendinding Dari SihirDisini abg memperturunkan bacaan-bacaan yang boleh menjadi penlindung dan pendinding dari sebarang percuban sihir jika diamalkan. Diharapkan ayat-ayat suci Al-Quran in ...
  • Hantu dalam kacamata islamDalam Islam, hantu dikelompokkan sebagai setan dari golongan jin yang kerap mengganggu manusia. Jin dikenali sebagai mahkluk halus yang tinggal di dalam alam lain. Bagai ...

0 comments:

Post a Comment