Misteri Wanita Berambut Panjang di Hospital Putrajaya
Dunia Seram - Kami difahamkan sebuah hospital di Putrajaya telah mengalami gangguan yang dikatakan telah menakutkan segelintir petugas yang bekerja syif malam. Biar Betik? Gangguan ini dikatakan bermula apabila seorang wanita berambut panjang sering muncul di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN). Ada juga yang memperkatakan bahawa wanita berkenaan bernama Shasha. Amboi, siapa pula Shasha sebenarnya? Wanita itu digelar hantu Shasha.
Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu lepas. Upacara memagar tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dan ia dilakukan oleh 40 orang perawat yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’.
Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk halus daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu. Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita cantik yang digelar ‘Shasha’. Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju berwarna putih atau kuning.
Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital berkenaan. Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran.
HairanBlog - Sudah menjadi kebiasaan apabila kisah kelibat wanita atau penampakkan mahkluk yang menakutkan dicanang - canangkan di Hospital kerana Hospital itu sendiri pun adalah tempat yang menyeramkan.
Sumber: KoleksiCeritaBest melalui KisahBest
Monday, July 6, 2015
Kisah Seram - Misteri Wanita Berambut Panjang
Tags :
Cerita Hantu,
Tempat Berhantu
Related : Kisah Seram - Misteri Wanita Berambut Panjang
Kisah Seram - Upsi Peristiwa 10 Oktober Setelah hampir 3 tahun aku menuntut ilmu dekat UPSI dalam bidang diploma muzik , macam-macam kisah seram yang berlaku di UPSI antaranya kawasan tadahan air selatan , fa ...
Kisah Misteri - Hantu Gergasi Cerita Rakyat Kalimantan: Hantu GergasiDunia Seram - Di suatu kampung yang terletak di dekat bibir Rimba belantara yang amat lebat serta tanahnya yang subur makm ...
Kisah Misteri - BILIK MAYAT Dunia Seram - Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital kerajaan di Selangor. Semoga dapat kita ambil ikt ...
Kisah Misteri - Hantu-Hantu yang Malu Dunia Seram - Tahun 2001. Aku baru grade. Diploma sains kesetiausahaan..wallawei, susah nak mampus cari keje. Last2 dapat jadik receptionist kat Timo ...
Kisah Seram - Hotel Putra BrasmanaKejadian seram di Hotel Putra Brasmana, Kuala perlis Sabtu masa kitorg menginap kt Hotel Putra Brasmana lepas dorg jemput aku tu, rupanya ada kisah misteri yg bukan ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment