Dunia Seram - Masa kejadian, aku nak hantar kak aku ke bus stop. Masa tu kak aku
kena kerja shift pagi. Oleh kerana nak ke tempat kerja mengambil masa
lebih kurang 1 setengah jam, kak aku terpaksa keluar awal. Bas kilang
akan datang pada pukul 5 pagi. Masa tu kampung aku dikelilingi oleh
pokok getah. So, jarak dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain
memang agak jauh. Aku selalu teman kak aku kat bas stop tu sehingga
bas kilang sampai. Bila kak aku dah naik bas, aku pun terus pulang ke
rumah. Ada sorang penduduk kampung aku yang sama shift dengan kak aku.
Disebabkan dia tinggal tak jauh dari bas stop, dia cuma berjalan kaki
untuk ke bas stop tu. Masa aku sampai kat jambatan (kat jambatan tu
memang gelap dan di keliling jambatan tu ada rimbunan pokok buluh) aku
nampak jiran aku yang kerja sama shift dengan kak aku sedang berjalan
mundar mandir dalam gelap. Aku cuma nampak dia pakai tudung labuh dan
jubah menutupi kaki. (Dia memang pakai jubah bila pergi kerja) Aku pun
menegur kawan kak aku tu. " Hai kak lambat hari ni"...Tapi dia cuma
berdiam diri dan langsung tak toleh kat aku...Aku naik hairan. Tapi
aku tak kisah ler. Aku tak rasa apa-apa pun masa tu. Cuma rasa sejuk
jer suasana di pagi tu dan angin sepoi-sepoi bahasa meniup daun-daun
pokok di sekeliling jalan tu. Tiba-tiba baru aku teringat bas kilang
baru saja pergi dan aku nak bagitau kawan kak aku yang dia dah
ketinggalan bas. Aku pun berpatah balik. Aku dah tak nampak pun kawan
kak aku tu. Padahal aku baru saja menegur dia. Aku mula rasa semacam.
Aku terus jer pecut motor laju-laju dan terus pulang ker rumah.
Lepas solat subuh, aku rasa tak sedap badan. Rasa macam nak demam.
Mungkin aku terkejut sangat dengan kejadian dekat jambatan tadi. Aku
telan 2 biji panadol dan lepas tu aku terlelap. Aku terjaga dari tidur
bila aku terdengar riuh rendah dekat halaman rumah. Aku terus bangun
perlahan-lahan dari katil dan aku dengar mak aku sedang bercakap
dengan seorang perampuan. Aku seperti kenal suara perempuan tu.
Perempuan tu nak minta kat mak aku daun semambu. Katanya anak dia
demam campak dan hari ini dia pun tak pergi kerja sebab anak sakit.
Aku rasa tak sedap hati dan aku nak pastikan sipakah yang sedang
bercakap dengan mak aku. Aku terus keluar dari bilik dan meluru ke
pintu untuk melihat orang itu. Memang sangkaan aku tepat sekali. Apa
yang aku lihat dekat jambatan tadi, bukanlah kawan kak aku sebab kawan
kak aku sekarang berada di depan mata aku. Dia tak pergi kerja kerana
anak sakit.
Home »
Cerita Hantu »
Cerita Misteri »
Cerita Seram »
Misteri »
Puaka »
Kisah Hantu - Siapa Yang Aku Tegur Tadi?
Tuesday, May 19, 2015
Kisah Hantu - Siapa Yang Aku Tegur Tadi?
Tags :
Cerita Hantu,
Cerita Misteri,
Cerita Seram,
Misteri,
Puaka
Related : Kisah Hantu - Siapa Yang Aku Tegur Tadi?
Filem Seram - 4 TAHUN TINGGAL DI RUMAH HANTU Jenis Film : Horror Produser : Ravi Pridhnani Sutradara : Jessica Angelica Penulis : Nicho A.p Produ ...
Kisah Misteri - Hantu-Hantu yang Malu Dunia Seram - Tahun 2001. Aku baru grade. Diploma sains kesetiausahaan..wallawei, susah nak mampus cari keje. Last2 dapat jadik receptionist kat Timo ...
Kisah Seram - Gangguan Di Tiang Seri TIANG SERI, BUMBUNG DAN PINTU DI GANGGUDunia Seram - Kisah ni sering terjadi tak kira dari aku kecik ke sampai aku besar. sampai aku dah kawen ni pun. rumah ato ...
Cerita Hantu - Gangguan Hantu LautHantu Laut Di Changi PointDunia Seram - Kisah ini berlaku kira-kira dua tahun lalu, ketika itu aku dan temanku Sharul pergi memancing di muara Changi Point. Seperti bi ...
Kisah Seram - Jelmaan bigfoot, pontianak usik pendaki Dunia Seram - SELAIN cabaran bentuk muka bumi yang mencabar, golongan pendaki juga berdepan dengan pelbagai kejadian aneh dan misteri. TERSEREMPAK bigfoot, ponti ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment