Tapak Tangan Siapakah Itu? (Kisah Seram)
Pakcik Din, bekerja sebagai pemandu teksi telah mengambil seorang wanita dan anaknya pada satu pagi tidak jauh dari Lim Chu Kang. Wanita itu ingin ke Bishan. Mereka berdua duduk di tempat penumpang di belakang Pak Din.
Sewaktu dalam perjalanan, Pakcik Din telah melihat ke dalam cermin dan mendapati tidak ada penumpang di belakangnya. Pak Din pun toleh ke belakang, kedua penumpang itu masih dib elakang. Pak Din lihat lagi ke dalam cermin untuk kepastian, tiada penumpang lagi. Serta merta Pak Din mengucap panjang.
Sewaktu hendak sampai ke Bishan, Pakcik Din bertanya arah mana hendak dituju? Wanita itu mengarahkan untuk jalan terus. Tiba-tiba terdengar bunyi tersangat kuat di belakang kereta Pak Din dan sebuah motosikal telah terbang ke atas keretanya dan tercampak ke hadapan. Pak Din menghentikan kenderaan dan mendapati penunggang motosikal berada di bawah keretanya, serta merta dia menelefon polis dan ambulans. Pada masa yang sama, Pak Din mendapati kedua penumpangnya telah tiada.
Penunggang motosikal memberitahu polis bahawa Pak Din telah mengeluarkan penumpangnya di tengah2 lebuhraya. Nasib baik pihak polis percaya pengakuan Pak Din bahawa dia tidak menurunkan sebarang penumpang pun kerana keretanya berada di tengah2 lebuhraya, dan bukan di sebelah kiri jalan yang biasanya untuk menurunkan penumpang. Suasana menjadi kelam-kabut apabila isteri dan keluarga penunggang motosikal datang dan bertanya pada polis siapakah yang telah melanggar suaminya. Pihak polis menyuruh Pak Din pulang sahaja sebelum keadaan menjadi bertambah rumit.
Keesokan harinya, Pak Din menerima panggilan dari polis yang penunggang motosikal telah meninggal dunia di dalam perjalanan ke hospital. Pak Din berasa sedih mendengar berita ini. Dia pergi ke rumah si penunggangmotosikal untuk mengucapkan takziah pada keluarganya. Dia menyamar sebagai rakan kerja si mangsa. Alangkah terperanjatnya Pak Din apabila melihat keadaan muka si mangsa yang pucat itu. Ada bentuk tapak tangan yang berwarna merah berada di salah satu pipi mangsa!
Pengalaman Pak Din telah diceritakan pada saya sewaktu perjalanan pulang dari East Coast pada hari minggu lepas - 14/02/2010.
Sekian dan terima kasih,
Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club
Home »
Cerita Hantu »
Cerita Melayu »
Cerita Misteri »
Kisah Seram »
Pengalaman »
Saka »
Tapak Tangan
Friday, April 18, 2014
Tapak Tangan
Tags :
Cerita Hantu,
Cerita Melayu,
Cerita Misteri,
Kisah Seram,
Pengalaman,
Saka
Related : Tapak Tangan
Cerita Hantu - JELMAAN LANGSUIRGambar sekadar hiasan. Sumber Google JELMAAN LANGSUIR DI RUMAH ANAK YATIM CHERAS Dunia Seram - Rasanya dalam segmen seram serik belum pernah share kisah seram yang ...
Cerita Seram - MalamAssalamualaikum...Dunia Seram - Bila menyebut perkataan malam,bermain-main difikiran kita pelbagai bayanganmahupun ilusi..Kadang-kadang,ilusi itu mengawal pemikiran kita ...
BATU BERPUAKA Pada suatu hari, ayah saya membuat perancangan untuk pergi ke pulau langkawi memandangkan cuti sekolah [cerita ini berlaku pada Mei1995] dia pun ajak ler makbapak ...
Kisah Misteri - Penunggu Perumahan Angker Dunia Seram - Penunggu perumahan angker. Ini cerita tentang bibi aku yang dulu tinggal di perumahan Villa Asri (bukan yang ke 2) di daerah cilengsi bogor jawa barat. s ...
Kisah Seram - Penunggu Taman Dunia Seram - Nama saya Niesa Sazalee. Saya berasal dari Taman Molek, Johor Bahru dan saya sekarang masih berumur 14 tahun (tahun 2011). Saya ada kisah seram yang ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment